Jumaat, 28 September 2012

wAsiAt UntUk gAdIs.....











Duhai gadis
Dengarlah keagungan kalimah al-quran
Relakanlah ajaran muhammad SAW menyusup masuk ke lubuk hatimu

Keindahannya akan tersembunyi dalam fikiranmu
Akan menambah seri pada wajahmu
Umpama bunga mawar yang indah mekar
Meninggalkan pewanginya walau kelopak nya sudah layu

Duhai gadis
Dalam usia remaja mu, bila mata mata sang pria memandangmu dengan tajam,
naluri wanita mu akan menyerlah maksud kerlingan mereka.
Kawallah dirimu dengan melabuhkan jilbabmu
Hindarkan bisikkan syiaitan dari luar dan dalam dirimu
Mintalah pertolongan dari tuhan mu
Ketahuilah..
kamu adalah teman seorang lelaki, bukan hambanya atau bukan orang gajinya
matlamatmu bukar sekadar memuaskan nafsunya tetapi
menolongnya ketika saat genting dalam hidup dan
menghiburkannya dengan belaian kasihmu
Berterima kasihlah terhadap apa yang dicari untuk kamu dan buatlah hartanya seperti milik kamu juga
Wanita yang beriman dan bertaqwa adalah mereka yang memenangi hati suaminya dan penyejuk matanya
Tangannya mencari pekerjaan dirumah dan tidak suka merantau dengan sia-sia di jalanan.
Percakapannya merdu , kata-katanya lemah-lembut dan jawapannya segar
Tunduk dan patuh adalah cahaya hidupnya dan rumahnya menjadi taman keselamatan dan kegembiraan.
Gembiralah lelaki yang menjadikannya isteri dan
gembiralah anak-anak yang memanggilnya ibu
Dia adalah permaisuri dalam pekerjaannya dan di malamnya dia bersujud mengadap tuhannya
Dia bangun awal pada waktu dan mnyahut tugasnya dengan bersungguh- sungguh kerana kebajikan keluarganya adalah satu kemegahan






Dia menyuburkan kebijaksanaan dalam fikiran anak-anaknya
dan budi pekerti mereka lahir dari contoh kehidupannya.
Setiap patah kata-katanya adalah hikmah
dan arahan yang penting
dan pergerakkan bola matanya melahirkan taat dan sifat kasih kepada anak-anaknya.

Bahagialah diri mu wahai gadis ..
Jika kamu orang yang beriman..


pesanan : diharap diriku juga akan menjadi gadis solehah seperti itu. amin ^_^



Tiada ulasan:

Catat Ulasan