be yourself......remember that Allah always with you. In Shaa ALLAH u found the way....
Sabtu, 29 September 2012
7 Pintu Neraka dan Keadaannya
7 Pintu Neraka dan Keadaannya: Yazid Ar raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibril datang kepada rosulullah pada waktu yang ia tidak biasa datang ...
Jumaat, 28 September 2012
penyakit hati
Bissmillahirrohmanirrohim..
” ….ketahuilah.. sesunguhnya didalam jasad itu terdapat segumpal daging, yang apabila segumpal daging itu baik dia maka baiklah seluruh jasadnya, dan apabila segumpal darah itu rusak maka rusaklah seluruh jasadnya, ketauhilah bahwa segumpal daging itu adalah hati “.
(hadist riwayat Bukhari dan Muslim dari Abi Abdillah An-nu’man bin Basyir)

Cara Mengubati Penyakit Hati
Jika ada penyakit maka tentulah ada ubatnya, sedang ubat penyembuhny dari sekalian penyakit ini tiadalah kamu hendak bersusah payah kerananya. tidak perlulah mencari ubat di farmasi mahupun dirawat di hospital. Melainkan telah disampaikan oleh akhi OPICK dalam syairnya :
Obat hati ada lima perkaranya
Yang pertama baca Quran dan maknanya
Yang kedua sholat malam dirikanlah
Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh
Yang keempat perbanyaklah berpuasa
Yang kelima dzikir malam perpanjanglah
Maka wahai hamba-hamba yang dirahmati ALLAH, mahukah engkau menjadi salah seorang Ahli Syurga ALLAH..? Niscaya hendaklah kamu menyucikan hatimu dari sekalian penyakit itu dan ubatilah dengan semakin mendekatkan diri kepada ALLAH Subhana wa Ta’ala dan peliharalah sifat – sifat yang mulia lagi terpuji.
Jazzakumullahu khairan katsiron…
wAsiAt UntUk gAdIs.....

Duhai gadis
Dengarlah keagungan kalimah al-quran
Relakanlah ajaran muhammad SAW menyusup masuk ke lubuk hatimu
Keindahannya akan tersembunyi dalam fikiranmu
Akan menambah seri pada wajahmu
Umpama bunga mawar yang indah mekar
Meninggalkan pewanginya walau kelopak nya sudah layu
Duhai gadis
Dalam usia remaja mu, bila mata mata sang pria memandangmu dengan tajam,
naluri wanita mu akan menyerlah maksud kerlingan mereka.
Kawallah dirimu dengan melabuhkan jilbabmu
Hindarkan bisikkan syiaitan dari luar dan dalam dirimu
Mintalah pertolongan dari tuhan mu
Ketahuilah..
kamu adalah teman seorang lelaki, bukan hambanya atau bukan orang gajinya
matlamatmu bukar sekadar memuaskan nafsunya tetapi
menolongnya ketika saat genting dalam hidup dan
menghiburkannya dengan belaian kasihmu
Berterima kasihlah terhadap apa yang dicari untuk kamu dan buatlah hartanya seperti milik kamu juga
Wanita yang beriman dan bertaqwa adalah mereka yang memenangi hati suaminya dan penyejuk matanya
Tangannya mencari pekerjaan dirumah dan tidak suka merantau dengan sia-sia di jalanan.
Percakapannya merdu , kata-katanya lemah-lembut dan jawapannya segar
Tunduk dan patuh adalah cahaya hidupnya dan rumahnya menjadi taman keselamatan dan kegembiraan.
Gembiralah lelaki yang menjadikannya isteri dan
gembiralah anak-anak yang memanggilnya ibu
Dia adalah permaisuri dalam pekerjaannya dan di malamnya dia bersujud mengadap tuhannya
Dia bangun awal pada waktu dan mnyahut tugasnya dengan bersungguh- sungguh kerana kebajikan keluarganya adalah satu kemegahan
.jpg)
Dia menyuburkan kebijaksanaan dalam fikiran anak-anaknya
dan budi pekerti mereka lahir dari contoh kehidupannya.
Setiap patah kata-katanya adalah hikmah
dan arahan yang penting
dan pergerakkan bola matanya melahirkan taat dan sifat kasih kepada anak-anaknya.
Bahagialah diri mu wahai gadis ..
Jika kamu orang yang beriman..
pesanan : diharap diriku juga akan menjadi gadis solehah seperti itu. amin ^_^

Rabu, 26 September 2012
Assalamualaikum dan selamat malam kawan-kawan semua...
tetiba terdetik dihati untuk mencatatkan mengenai wanita dan sudah semestinya mengenai diriku sendiri.huhu
Jodoh setiap makhluk Allah sudah semestinya tercatat di Lof mahfuz jadi kita seharusnya menerima takdir Ilahi dengan penuh keredhaan.
Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)
Itulah janji Allah S.W.T buat semua hambanya. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang solehah mahupun soleh, kita haruslah terlebih dahulu berubah memperbaiki diri menhadi seorang yang baik.
Tapi memang lumrah dan fitrah lelaki memang sukakan kecantikan tidak kira luaran atau dalaman...maka disebabkan itulah Allah telah memberikan akal untuk kita membuat pilihan dan menilai mana kaca dan mana satu permata ... ^_^
Oleh itu,ayuh gadis-gadis sekalian percantikanlah diri dengan akhlak yang baik bukannya percantikan diri dengan wajah dan pakaian yang kita semua tahu itulah hanyalah pinjaman semata-mata.
Bab kata kawan saya "itu semua dunia belaka"..hehehe
Pilihan di tangan anda .. mana satu yang anda pilih ..?
Jom sama-sama memperbaiki diri .. :')
InsyAllah..
Lima tanda hati keras membatu
"Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta
dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan
kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun
sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya.
Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah lah.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".
Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara
yang terpenting adalah seperti berikut: Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah lah.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya".
1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan
Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)
2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)
3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhirat
Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-mata. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.
4. Kurang mengagungkan Allah
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.
5. Tidak belajar dengan Ayat Kauniah
Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126).
jadi sebagai makhluk Allah kita seharusnya berhati-hati mejaga hati agar tidak terpesong daripada landasan yang sebenarnya.
contohnya memiliki hati yang cantik seperti gambar ini =)
Sabtu, 22 September 2012
belajar buat blog...
assalamualaikum...
hai namaku tina aishah.boleh panggil ecah..tapi kan ayah saya xberapa suka orang ecah..panggil aishah jelah.hahahaha
mule2 tak berminat sangat nak buat blog ni tapi bila kawanku dila dan farah kene buat asgmnt pasal blog ak pun berminat.hihihi
belajar sikit lah buat bende ni dunia kan da maju. =)

Langgan:
Catatan (Atom)